Kelas Mahir Foto Modul 2
23 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 22 Januari 2026, telah diadakan Kelas Mahir Foto Modul 2 bertajuk “ Asas Fotografi, Sejarah & Jenis-Jenis Kamera” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3:00 petang hingga 4:30 petang.
Pembelajaran Mahir Foto minggu ini adalah berkaitan pengenalan kepada Fotografi, kaedah pembuatan gambar yang dibangunkan pada awal abad ke-19, Fotografi tidak pernah begitu terkenal sebelum ini namum peredaran zaman menunjukkan Kepentingan imej boleh dilihat dalam semua aspek kehidupan kita seperti dalam majlis rasmi, kegunaan peribadi, komersial, penyelidikan, penyiasatan, buku dan banyak lagi. Berjuta-juta imej di internet terutamanya dalam media sosial menunjukkan bahawa imej imej membawa impak yang besar dalam masyarakat. Selain itu, peserta juga belajar mengenali jenis-jenis camera yang diguna pakai pada masa dahulu hingga kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: